Program Membaikpulih Buku SPBT Promosi & Keceriaan BOSS Bulan APRIL Hari Buku Sedunia Kuiz Jejak Maklumat Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52 Projek Sudut-sudut Khas
Dilarang membawa masuk beg, fail, buku, dan makanan termasuk Buku SPBT kepunyaan sendiri.
Semasa berada di BOSS, murid dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan.
Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di BOSS.
Murid DILARANG masuk ke BOSS tanpa kebenaran guru SPBT.
Buku-buku SPBT dari rak terbuka, tidak boleh dibawa keluar dari BOSS.
Selepas menggunakan BOSS, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan kerusi disusun rapi dan matikan suis lampu dan kipas.
Murid/Pengawas BOSS yang tidak mematuhi peraturan BOSS boleh dikenakan tindakan.
PENGGUNAAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH
Bilik Operasi SPBT Sekolah akan dibuka sepanjang waktu persekolahan untuk semua murid, guru serta staf SK Jerantut Jaya.
Rekodkan penggunaan bilik di dalam buku log yang telah disediakan.
Guru SPBT perlu ada bersama sekiranya murid ingin menggunakan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) bagi tujuan P & P atau carian maklumat
Terima kasih di atas kerjasama semua.
PINDAAN SYARAT KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
"Kerajaan Malaysia telah bersetuju melalui Rang Undang-undang Perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluaskan kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di SEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 JANUARI 2008"
Petikan dari Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2007
Makluman Mengenai Bahan Bacaan Tambahan untuk Pusat Sumber Sekolah
Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif ICT KPM pada 22 Disember 2008 telah memutuskan tugastugas
penilaian buku termasuk bahan bacaan tambahan di Pusat Sumber Sekolah diserahkan
kepada Bahagian Buku Teks (BBT) mulai tahun 2009.
Pada masa ini BBT sedang menyusun semula proses penilaian dan pelaksanaan program
bahan bacaan tambahan di sekolah. Makluman mengenai panggilan untuk penilaian bahan
akan dibuat di laman web BBT setelah perkara ini diselesaikan.
Bagi sekolah-sekolah yang ingin membuat pemesanan bahan bacaan tambahan menggunakan
geran per kapita (PCG), boleh menggunakan senarai bahan bacaan tambahan yang diperaku
sebelum ini.
SUMBER:BBT